Kursus meningkat skill mengajar Al-quran dan Bahasa Arab bagi pengajar Tadika Islam

            

  Ketua Jabatan Pendidikan Swasta Wilayah Satun, Tuan Dalan Nung-ali  berkata keputusan peperiksaan I-NET (Islamic National Education Test) tahun 2009 tidak meningkat kerana pelajar kurang mengguna skill yang baik dalam  bahasa Arab dan pelajaran Al-quran.

      Oleh itu, Jabatan Pendidikan Swasta Wilayah Satun telah mengadakan kursus membaca Al-quran dan bahasa Arab dengan menggunakan sistem Qira-ati bagi ustaz ustazah sebanyak 196 Tadika Islam di wilayah Satun.Tadika islam adalah pusat pengajian Islam Fardhuinn di masjid yang ditubuhkan pada tahun 2005. Kokurikulum yang diguna telah setifikasi oleh kementerian pendidikan.

      Kursus membaca Al-quran dan bahasa Arab dengan menggunakan sistem Qira-ati ini  bertujuan untuk meningkatkan skill ustaz ustazah dalam bahasa Arab dan pelajaran Al-quran supaya lebih meningkat dalam pengajian Tadika Islam. Kursus ini telah diadakan pada 24-26 Julai 2010 di Hotel Hadyai Dai-ishi ,Hadyai.